Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Press Release 01/2015

​Disepanjang Tahun 2014, Biro Kawalan Narkotik telah berjaya menangkap seramai 610 orang yang terdiri dari 517 lelaki dan 93 orang perempuan yang disyaki terlibat dalam pelbagai kesalahan berhubung dengan penyalahgunaan dan pengedaran dadah.


Tangkapan pada tahun 2013 adalah seramai 679 dan ini menunjukkan kadar penurunan sebanyak kira-kira 10% berbanding 2014.


Dari jumlah tersebut, 88% adalah warga tempatan dan 12% adalah terdiri dari warga asing. Dari segi perkerjaan, 57% adalah terdiri dari mereka yang tidak mempunyai perkerjaan, 40% yang mempunyai perkerjaan dan selebihnya adalah penuntut. Perangkaan pecahan umur yang tertinggi ialah 55% iaitu terdiri dari lingkungan umur 31 tahun dan keatas.


Sepanjang tahun 2014, Biro Kawalan Narkotik beraya merampas ganja seberat hampir 9 kilogram dan dadah jenis Methylamphetamine atau lebih dikenali sebagai Syabu sebanyak kira-kira 4 kilogram. Disamping itu beberapa jenis dadah sintetik juga berjaya dirampas dalam jumlah yang kecil.


Disebalik penurunan, usaha anti dadah akan terus diperkuatkan bagi memastikan masalah dadah di Negara ini dikekang. Usaha-usaha bersepadu menentag dadah juga telah berjaya mengekalkan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara bukan pengeluar dadah. Perangkaan tangkapan tahun 2014 menunjukkan situasi penyalahgunaan dadah di Negara Brunei Darussalam adalah masih dalam keadaan terkawal dan dapat dibendung dimana jika dibandingkan dengan jumlah purata kependudukan Negara Brunei Darussalam setiap 100,000 orang ialah 153 orang tangkapan dadah.


Salah satu tren pengedaran dadah antarabangsa pada masa ini ialah menjadikan negara ketiga sebagai laluan dan banyak negara menghadapi masalah ini termasuk Negara Brunei. Dengan kebimbangan ini, Biro Kawalan Narkotik berusaha secara beterusan mengkukuhkan kawalan di tempat kemasukkan sah ke negara ini degan menempatkan pegawai-pegawainya secara tetap. Inisiatif ini telah berjaya mengesan dan mengekang kemasukkan dadah ke negara ini walaupun ada cubaan-cubaan untuk menjadikan negara ini sebagai tempat laluan pegedar dadah. Sepanjang 2 tahun kebelakangan ini, dengan penguatkuasaan yang effektif, tangkapan di pos-pos kawalan termasuk di lapangan Terbang Antarabangsa Brunei dan Terminal Feri Serasa telah meningkat berbanding dari tahun-tahun sebelumnya.


Tindakan yang dilaksanakan oleh Biro Kawalan Narkotik adalah selaras dengan garispanduan konvensyen antarabangsa dan pertubuhan serantau yang meliputi pelbagai bidang termasuk pendidikan pencegahan dadah, rawatan dan pemulihan, penyelidikan, penjagaan lanjutan dan lain-lain.


Kearah Menjadikan Negara Brunei Darussalam negara bebas dadah, Biro Kawalan Narkotik mengalu-alukan kerjasama sepadu dari semua lapisan mesyarakat di negara ini melalui penyaluran maklumat yang berterusan. Dalam kesempatan ini, Biro Kawalan Narkotik juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah membantu Biro Kawalan Narkotik dalam menangani masalah penyalahgunaan dadah di negara ini khususnya kepada agensi penguatkuasaan undang-undang yang lain.


Sebarang maklumat yang mencurigakan berhubung dengan kegiatan penyalahgunaan dadah dengan menghubungi talian 2448877 (waktu pejabat) dan hotline 8777444 (selepas waktu pejabat).

Attachments