Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Press Release 3/2015

​BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 11 Mac 2015 - Dalam usaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kepakaran pegawai-pegawai penguatkuasa Biro Kawalan Narkotik telah mendatangkan tenaga pakar luar negara khusus untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada pegawai-pegawai penguatkuasaan undang-undang di pos-pos kawalan di Negara Brunei Darussalam. Kursus Drug Investigation (Airport Interdiction) telah berlangsung selama tiga (3) hari bermula pada 09 Mac hingga 11 Mac 2015 bertempat di Dewan Permai, Biro Kawalan Narkotik.


Kursus Drug Investigation (Airport Interdiction) telah dikendalikan oleh lima (5) orang tenaga pakar jemputan dari agensi penguatkuasaan undang-undang negara Thailand iaitu The Office of the Narcotics Control Board (ONCB) dan Jabatan Kastam DiRaja Thai yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran dalam bidang airport interdiction. Seramai 40 orang pegawai-pegawai dari agensi penguatkuasaan undang-undang NBD menyertai kursus ini. Agensi terlibat termasuklah Biro Kawalan Narkotik, Pasukan Polis DiRaja Brunei, Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja dan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan. Melalui kursus ini, para peserta telah mempelajari lebih mendalam lagi mengenai topik-topik berhubungkait risk assessment at the airport, airport interdiction techniques, risk profiling, selection methods, behaviourol indicators, baggage indicators, review of passports dan banyak lagi. Hasil ilmu pengetahuan yang diperolehi daripada tenaga pakar boleh diterapkan oleh pegawai-pegawai dalam pengendalian tugasan harian. Selain itu, kursus ini dilihat mampu meningkatkan lagi kebolehan pegawai-pegawai dalam bidang profiling dan interpretasi imej atau pembacaan X-Ray serta berupaya menaiktaraf kebolehan mereka dalam mengesan kurier dadah yang cuba membawa masuk dadah ke negara ini melalui pos-pos kawalan. Kursus dikendalikan secara teori dan praktikal.


Sesuai dengan abjektif kursus iaitu untuk meningkatkan pengetahuan serta melengkapkan keupayaan dan keberkesanan tugasan pegawai-pegawai dalam mengawal dan mengesan dadah yang cuba diseludup masuk melalui pas-pas kawalan di NBD, gabungan peserta kursus yang kebanyakannya terlibat secara langsung menjaga pas-pas kawalan di NBD dilihat dapat mengukuhkan lagi hubungan kerjasama yang sedia ada di antara agensi penguatkuasaan undang-undang di negara ini. Perkangsian ilmu dan "best practices" diperalehi daripada tenaga pakar yang didatangkan khas ini diharap akan dapat diadaptasikan aleh pegawai-pegawai berkenaan dalam melaksanakan tugas harian agar lebih berkesan dalam pembenterasan jenayah.


Kerjasama bersepadu dari semua agensi penguatkuasaan undang-undang di negara ini begitu signifikan dalam sama-sama memastikan pintu masuk ke negara ini tidak dapat dlbolosi aleh aktivitiaktiviti yang baleh menggugat keselamatan dan keamanan penduduk NBD.


Attachments