Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Mesyuarat ASEAN Senior Officials on Drug Matters (ASOD) kali ke-36

​Singapura - Mesyuarat ASEAN Senior Officials on Drug Matters CASOD)kali ke-36 telah diadakan pada 24 - 26 Ogos di Singapura. Semasa majlis pembukaan, tetamu kehormat, Tuan Yang Terutama Encik Masagos Zulkifli bin Masagos Mohammad telah memuji usaha-usaha serantau dalam menangani isu pengedaran dadah dengan menggunakan mekanisme kerjasama seperti ASEAN Airport Interdiction Task Force dan ASEAN Narcotics Coordination Centre.


Beliau turut menekankan persetujuan yang telah dibuat oleh rakan-rakan menteri semasa Mesyuarat ke-3 Menteri-Menteri ASEAN mengenai dadah bersetuju agar aspirasi serantau "Drug Free ASEAN" yang melambangkan komitment dan daya tahan ke arah 'zero tolerance approach' bagi memastikan rakyat dan penduduk dilindungi daripada penyalahgunaan dadah perlu

diperkukuhkan bagi strategi antl-dadah pasca 2015.


Mesyuarat kali ini telah membincangkan hala tuju ASEAN dalam membentuk pelan tindakan ASEAN pasca 2015 dalam menangani cabaran-cabaran terhadap isu-isu dadah haram. Mesyuarat ASOD ini juga merupakan salah satu wadah bagi negara-negara ahli ASEAN untuk bertukar-tukar maklumat, pengetahuan, amalan-amalan terbaik dan juga untuk meningkatkan kerjasama serantau dalam menangani isu-isu dadah.


Hasil mesyuarat ASOD ini akan dilaporkan ke peringkat Menteri semasa Mesyuarat ke-3 Menteri-Menteri ASEAN mengenai Dadah yang akan dihoskan oleh negara Malaysia pada bulan Oktober nanti.

Attachments