Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Satu Keluarga Berjaya Diberkas Kerana Kegiatan Dadah

​19 Oktober 2015 - Biro Kawalan Narkotik telah berjaya menahan sepuluh orang belia iaitu tujuh orang lelaki dan tiga orang perempuan warga negara tempatan dalam lingkungan umur 20 hingga 28 tahun yang mempunyai pertalian keluarga dipercayai terlibat dengan kegiatan pengedaran dadah di dalam bilik tempat penginapan (hotel) di Kampong Jerudong serta sebuah rumah di Kampong Jangsak.


Hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas buah bilik hotel, Biro Kawalan Narkotik telah berjaya merampas beberapa ketulan dan beberapa piket daun- daun kering yang disyaki dipercayai dadah jenis ganja dengan berat kasar seberat 963.14 grams.


Turut dijumpai adalah beberapa paket pil yang disyaki dadah terkawal dengan jenama yang berlainan seperti Erimin 5 dan Ecstacy MDMA, alat timbangan digital, beberapa paket plastik jernih kosong dan alat-alat yang dipercayai untuk kegunaan mempaket dadah serta wang tunai berjumlah

BND2208 dan RM637 yang dipercayai hasil dari kegiatan pengedaran dadah tersebut.


Kes tangkapan tersebut adalah masih di bawah siasatan pihak Biro Kawalan Narkotik di bawah Seksyen 3A Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27 iaitu kesalahan memiliki dadah terkawal bagi tujuan mengedar, Seksyen 6(a) iaitu kesalahan memiliki dadah terkawal, Seksyen 6(b) bagi kesalahan memakan dadah terkawal dan Seksyen 7 bagi kesalahan memiliki alat perkakas untuk

menghisap dadah. Jika didapati bersalah di bawah Seksyen 3A iaitu memiliki dadah Ganja bagi tujuan mengedar dengan jumlah be rat tersebut boleh membawa hukuman mati.


Biro Kawalan Narkotik menasihatkan orang ramai agar tidak terlibat dengan apa jua bentuk aktiviti atau kegiatan berhubung penyalahgunaan dadah. Setiap kesalahan yang menyalahi undang-undang yang diperuntukkan akan dijatuhi hukuman. Seterusnya, Biro Kawalan Narkotik juga mengharapkan kerjasama yang padu daripada semua lapisan masyarakat dengan sama-sama

memainkan peranan untuk memata-matai serta bertindak pantas dalam melaporkan kegiatankegiatan yang mencurigakan.


Dikesempatan ini, Biro Kawalan Narkotik ingin mengingatkan dan menyaran para ibu bapa untuk mengawasi aktiviti dan keberadaan anak-anak mereka agar tidak terlibat dengan gejala penyalahgunaan dan pengedaran dadah walaupun anak-anak mereka ada bersama dengan orang-orang yang dipercayai seperti saudara mara sendiri.


Akhirnya, jika mempunyai sebarang maklumat, orang ramai bolehlah menghubungi terus talian 2448877 (pad a waktu pejabat) dan talian hotline 8777444 untuk memberikan sebarang maklumat berhubung dengan kegiatan dadah.

Attachments